Umum
Sebilangan besar ikan dan makanan laut kami ditangkap dari perairan Mersing ke Laut China Selatan . Kami juga mengimport makanan laut yang ditangkap di Laut China Selatan.
Ikan dan makanan laut kami dibeku segar menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF) yang mengekalkan kualiti dan kesegaran pada tahap yang maksima.
Ya, ikan dan makanan laut kami 100% bebas dari bahan pengawet yang berbahaya. Dengan bantuan teknologi Individual Quick Freezing (IQF), kami dapat mengelakkan penggunaan sebarang pengawet.
Anda boleh menyimpannya selama 3 bulan di dalam peti sejuk anda.
Ya, sebahagian daripada ikan terpilih kami siap disiang dan dibuang sisik.
Hanya biarkan ia lembut, kemudian siang dan bersihkan ikan yang ingin dimasak sahaja.
Jika tidak, letakkannya terus di dalam peti sejuk anda untuk mengekalkan kualiti dan kesegarannya.
PEMBELIAN ATAS TALIAN
Anda boleh pergi ke halaman Produk kami dan klik butang “Add to Basket” pada setiap ikan dan makanan laut yang ingin beli.
Kemudian, klik butang “Checkout” dan ikuti arahan seterusnyauntuk membuat pembayaran.
Kami menggunakan gerbang pembayaran ToyyibPay yang menyokong Visa, MasterCard & perbankan dalam talian FPX.
FPX (Pertukaran Proses Kewangan) adalah gerbang pembayaran yang membolehkan anda membuat pembayaran dalam talian menggunakan akaun semasa atau simpanan anda. Apa yang anda perlukan ialah akaun perbankan Internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
Untuk info lanjut mengenai perbankan dalam talian FPX, klik disini.
Ya, pembayaran anda dijamin selamat. Perbankan dalam talian FPX kini digunakan secara meluas di Malaysia untuk pembelian dalam talian.
PENGHANTARAN KE RUMAH
Ya, kami menggunakan khidmat penghantaran dari (“Syarikat Penghantaran”) untuk melakukan penghantaran ke rumah.
Kami berusaha untuk memastikan anda menerima pesanan anda secepat mungkin. Penghantaran akan dilakukan pada hari yang sama atau dalam masa 24 jam berikutnya, pada hari bekerja.
Penghantaran akan dibuat antara jam 10:00 pagi dan 5:00 petang. Pesanan yang dibuat selepas jam 5:00 petang tidak dijamin akan dihantar pada hari yang sama. Pesanan juga tidak diproses atau dihantar pada hari Isnin.
Perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh “Syarikat Penghantaran” bergantung pada ketersediaan penunggang penghantaran mereka (rider). Keadaan cuaca buruk boleh mempengaruhi perkhidmatan penghantaran. Penghantaran anda mungkin ditangguhkan atau ditunda ke hari perniagaan berikutnya.
Setelah pesanan anda berjaya dihantar, kami akan memproses pesanan tersebut. Ikan dan makanan laut anda dipilih, dibungkus, dan siap untuk dihantar. Sebaik sahaja ia dalam perjalanan kepada anda, anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel.
Ya, kos penghantaran akan disertakan semasa ‘Checkout’.
Anda hanya perlu isi alamat anda dan caj penghantaran akan dikira mengikut jarak.
Kami hanya menyediakan penghantaran rumah untuk pelanggan yang tinggal di Lembah Klang.
Caj penghantaran kami bermula dengan hanya RM3.99*! Caj akan berbeza mengikut lokasi anda. Berikut adalah anggaran caj:
Motosikal
First 4km (kadar tetap): RM3.99*
4.1km dan keatas: RM0.80*/km
*Caj untuk pesanan di laman web sahaja