PENGASINGAN HASIL LAUT

Di Seafood Supplies, kesegaran produk adalah keutamaan kami. Bot yang keluar ke laut akan pulang ke jeti dalam tempoh yang pendek agar hasil tangkapan dapat diproses secepat mungkin.

Ini dapat mengelak risiko dekomposisi dan menjamin kesegaran ikan pada tahap maksima. Setelah tiba di jeti, hasil tangkapan tersebut akan melalui proses pengasingan mengikut jenis, saiz dan gred.

PEMBEKUAN IQF

Setelah proses pengasingan selesai, hasil laut kemudian dibawa ke mesin pemprosesan sejuk beku (Frozen Seafood). Proses ini menggunakan teknologi terkini yang dipanggil Individual Quick Freezing atau nama singkatannya, IQF.

Antara kelebihan mesin IQF adalah:
• Tahap pembekuan mencapai suhu -40°C
• Produk beku sepenuhnya dalam jangka masa 45 minit
• Memerangkap dan mengekal kesegaran produk
• Produk tahan lama tanpa menjejaskan tekstur, bau dan rasa
• Membantu menyah kuman dan pembentukan bakteria

PEMBUNGKUSAN PRODUK

Pembungkusan dibuat sejurus produk keluar dari proses pembekuan IQF. Produk ditimbang, dipek rapi dan sedia untuk dibawa ke bilik simpanan beku.

Di sana, produk disimpan mengikut kategori pada tahap suhu -20°C. Keseluruhan proses dari mula hingga akhir mengambil masa kurang lebih 3-4 jam.